Friday, December 17, 2010

AGEN ATAU PENGEDAR MAS COTEK ROSELLE DIPERLUKAN

Kami amat berbesar hati menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar kepada .


Kepada sesiapa yang berminat , bolehlah berhubung dangan kami melalui talian 09-573 5301 / 019-937 2121 / 019-938 8307.






Harga yang munasabah dan berpatutan boleh dibincangkan nanti.

AGEN BIHUN SUFI KAWASAN KUANTAN DIPERLUKAN SEGERA !!!

Keraguan anda adalah tanggungjawab kami. Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.

Wednesday, December 1, 2010

AMALAN PENGILANGAN IMP

PENGILANGAN IMP
Islamic Manufacturing Practice ( IMP ) ialah satu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA" iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memprosesnya juga suci dan halal.
IMP akan merangkumi proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti:
·      GMP
·      HACCP
·      ISO
·      HALAL

PROSES PENGILANGAN IMP
Terbahagi kepada 3:
Pengusaha
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pengeluaran produk yang berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah :
·      Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk.
·      Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan.
·      Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak.
·      Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak.
·      Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah.
·      Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba.

Situasi Kilang & Bahan Mentah
·      Susunan dalam kilang mengikut syariat.
·      Tidak ada muzik.
·      Ada Nur bacaan Al-Quran.
·      Ada kuliah kefahaman HALAL,IMP,GMP & HACCP.
·      Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan mendapat pengesahan dari pihak yang berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman.
·      Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak.
Pekerja
·      Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya.
·      Mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah.
·      Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
·      Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa dan bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
·      Sentiasa berada dalam keadaam wudhu.
·      Memulakan Bismillah dan doa-doa khusus.
·      Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
·      Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.

DI MANAKAH SILAPNYA KITA DALAM MENGURUSKAN URUSAN MAKANAN DAN MINUMAN?
·      80% dari makanan kita disediakan oleh orang kafir.
·      Umat Melayu Islam hanya boleh kembali menjadi bangsa yang bijak dan maju apabila segala urusan makan minum diuruskan sendiri oleh TANGAN-TANGAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.
·      Ini adalah kerana makanan yang halal dan baik sahaja boleh mengubah diri umat Melayu Islam iaitu suatu bangsa yang mampu dan akan memerintah dunia.

TAKRIF MAKANAN HALAL
·      Halal itu bermula dari tangan pengusaha yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta beriman kepada Allah dan RasulNya. Diniatkan pekerjaan itu kerana Allah. Dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
·      Orang-orang kafir tidak akan mengerti makna HALAL kerana mereka sendiri kufur dan menentang Allah dan Rasul. Maka makanan yang dihasilkan mereka tidak layak dimakan.

TAKRIF THOYYIBA
1. Jasmani
·      Maksud makanan Halal itu ialah bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil ROH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut.
·      Makanan yang baik memberikan zat untuk kesihatan tubuh badan meskipun sehingga 20 tahun lagi.
·      Menyihat dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadat (yang fardhu dan yang nawafil) kepada Allah s.w.t.
2. Rohani
·      Menyihat dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadat (yang fardhu dan yang nawafil) kepada Allah s.w.t
·      Makanan yang ada roh mampu mengubah manusia dari sudut PEMIKIRAN, PERASAAN, JIWA dan PERIBADI.
·      Menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t

KELEBIHAN MAKANAN HALALAN THOYYIBA
·      Menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang ( Iman ) dikalangan umat Islam.
·      Menghilangkan perasaan dan sifat HASAD dan DENGKI dari golongan sifat-sifat TERCELA.
·      Melahirkan AKHLAK TERPUJI.
·      Melahirkan umat yang kuat pegangan AQIDAH Nya dan AGAMA Nya.

MAKNA MAKANAN SYUBHAT
·      Tiada diniatkan kerana Allah.
·      Tiada dimulakan dengan Bismillah.
·      Mengenyangkan tapi tiada berkat.
·      Produk yang diusahakan oleh tangan-tangan kufur.
·      Tiada nur Islam yang boleh mengubah hati.
·      Sumbernya diragui.

(Artikel dipetik dari Sahabat Roselle Marketing : http://www.sahabatroselle.com)

 Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.

Tuesday, November 30, 2010

.: KERAGUAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI

.: KERAGUAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI

Keraguan anda adalah tanggungjawab kami. Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.

Monday, November 15, 2010

GAMBAR-GMABAR KEDAI

Keraguan anda adalah tanggungjawab kami. Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.





















Wednesday, November 10, 2010

KERAGUAN ANDA TANGGUNGJAWAB KAMI

Keraguan anda adalah tanggungjawab kami. Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.


TANPA SOKONGAN ANDA SEMUA.... SIAPALAH KAMI!

1 STOP CENTER MUSLIM CHOICE

Alhamdulillah, akhirnya sebuah kedai runcit yang berkonsepkan halal akhirnya telah menjadi kenyataan setelah bertungkus lumus 




Dengan 1 STOP CENTER MUSLIM CHOICE ini , kami berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada kesluruhan ummah sejagat amnya dan penduduk kuantan amnya.
"Melalui rantaian niaga pula, kami ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi," jelasnya.
Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.
Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk IKS Muslim tempatan . Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera.



Keraguan anda adalah tanggungjawab kami. Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.