PENGILANGAN IMP |
Islamic Manufacturing Practice ( IMP ) ialah satu piawaian yang bertaraf "HALALAN THOYYIBA" iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fizikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut rohaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memprosesnya juga suci dan halal. IMP akan merangkumi proses di bawah untuk memastikan piawaiannya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian lain yang ditetapkan seperti: · GMP · HACCP · ISO · HALAL PROSES PENGILANGAN IMP Terbahagi kepada 3: Pengusaha
Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pengeluaran produk yang berasaskan Halalan Thoyyiba mestilah : · Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk. · Mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan. · Membekalkan produk yang mengikut piawaian syarak. · Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak. · Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata-mata mencari keredhaan Allah. · Sumber kewangan yang digunakan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba. Situasi Kilang & Bahan Mentah · Susunan dalam kilang mengikut syariat. · Tidak ada muzik. · Ada Nur bacaan Al-Quran. · Ada kuliah kefahaman HALAL,IMP,GMP & HACCP. · Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan mendapat pengesahan dari pihak yang berkuasa dan dari Unit Audit Syariah Dalaman. · Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.Contohnya: bersih lagi suci iaitu menggunakan air mutlak. Pekerja · Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya. · Mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah. · Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal. · Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa dan bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan. · Sentiasa berada dalam keadaam wudhu. · Memulakan Bismillah dan doa-doa khusus. · Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. · Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain. DI MANAKAH SILAPNYA KITA DALAM MENGURUSKAN URUSAN MAKANAN DAN MINUMAN? · 80% dari makanan kita disediakan oleh orang kafir. · Umat Melayu Islam hanya boleh kembali menjadi bangsa yang bijak dan maju apabila segala urusan makan minum diuruskan sendiri oleh TANGAN-TANGAN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA. · Ini adalah kerana makanan yang halal dan baik sahaja boleh mengubah diri umat Melayu Islam iaitu suatu bangsa yang mampu dan akan memerintah dunia. TAKRIF MAKANAN HALAL · Halal itu bermula dari tangan pengusaha yang mengucapkan dua kalimah syahadah serta beriman kepada Allah dan RasulNya. Diniatkan pekerjaan itu kerana Allah. Dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. · Orang-orang kafir tidak akan mengerti makna HALAL kerana mereka sendiri kufur dan menentang Allah dan Rasul. Maka makanan yang dihasilkan mereka tidak layak dimakan. TAKRIF THOYYIBA 1. Jasmani · Maksud makanan Halal itu ialah bukan sekadar memakan makanan tersebut, tetapi juga mengambil ROH ISLAM dari pengusaha makanan tersebut. · Makanan yang baik memberikan zat untuk kesihatan tubuh badan meskipun sehingga 20 tahun lagi. · Menyihat dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadat (yang fardhu dan yang nawafil) kepada Allah s.w.t. 2. Rohani · Menyihat dan menguatkan tubuh badan sehingga ada kekuatan untuk melakukan ibadat (yang fardhu dan yang nawafil) kepada Allah s.w.t · Makanan yang ada roh mampu mengubah manusia dari sudut PEMIKIRAN, PERASAAN, JIWA dan PERIBADI. · Menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t KELEBIHAN MAKANAN HALALAN THOYYIBA · Menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang ( Iman ) dikalangan umat Islam. · Menghilangkan perasaan dan sifat HASAD dan DENGKI dari golongan sifat-sifat TERCELA. · Melahirkan AKHLAK TERPUJI. · Melahirkan umat yang kuat pegangan AQIDAH Nya dan AGAMA Nya. MAKNA MAKANAN SYUBHAT · Tiada diniatkan kerana Allah. · Tiada dimulakan dengan Bismillah. · Mengenyangkan tapi tiada berkat. · Produk yang diusahakan oleh tangan-tangan kufur. · Tiada nur Islam yang boleh mengubah hati. · Sumbernya diragui. (Artikel dipetik dari Sahabat Roselle Marketing : http://www.sahabatroselle.com) |
Sokongan serta komitmen anda semua dalam menjayakan 1 STOP CENTRE FOR MUSLIM CHOICE ini amat kami alu-alukan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment